Tujuh ADUN tidak hadir sidang DUN kerana Covid-19

Ujian saringan Jumaat lepas mendapati empat ADUN disahkan positif Covid-19, manakala tiga lagi yang tidak hadir hari ini adalah kontak rapat pesakit. - Foto fail Bernama
Ujian saringan Jumaat lepas mendapati empat ADUN disahkan positif Covid-19, manakala tiga lagi yang tidak hadir hari ini adalah kontak rapat pesakit. - Foto fail Bernama
A
A
A

MELAKA - Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka tidak hadir ke Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 hari ini disebabkan Covid-19.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang megesahkan perkara itu berkata, ujian saringan Jumaat lepas mendapati empat ADUN disahkan positif Covid-19 dan tiga lagi yang tidak hadir hari ini merupakan kontak rapat kepada pesakit.

"Kali ini kita bermesyuarat dalam keadaan yang berbeza, tidak mengikut peraturan-peraturan seperti mana notis yang telah pun kita berikan tempoh hari, disebabkan pandemik Covid-19,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 di sini pada Isnin.

Tujuh ADUN yang tidak hadir ialah Datuk Rahmad Mariman (Ayer Molek), Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Duyong), Siti Faizah Abdul Azis (Sungai Rambai), Rosli Abdullah (Kuala Linggi), Adly Zahari (Bukit Katil), Ngwe Hee Sem (Machap Jaya) dan Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia). - Bernama

Artikel Berkaitan: