Lori bawa muatan ayam, daging sejuk beku terbabas di LPT2

Keadaan lori yang membawa muatan ayam dan daging sejuk beku yang terbabas di KM366 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berdekatan susur keluar Tol Bukit Besi, Dungun pada Rabu.
Keadaan lori yang membawa muatan ayam dan daging sejuk beku yang terbabas di KM366 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berdekatan susur keluar Tol Bukit Besi, Dungun pada Rabu.
A
A
A

DUNGUN - Sebuah lori membawa muatan ayam dan daging sejuk beku terbabas di Kilometer (KM) 366 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berdekatan susur keluar Tol Bukit Besi di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang itu, pemandu lori, Muhammad Fadzli Mohd Zahadi, 25, mengalami kecederaan ringan, manakala kelindan, Mohd Faizul Mohd Noor cedera pada bahagian kaki.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas.

"Insiden dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Mitsubishi Fuso yang datang dari arah Kuantan menghala Dungun hilang kawalan ketika masuk ke susur Tol Bukit Besi sebelum terbabas dan melanggar besi pengadang jalan.

"Rempuhan kuat menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan lori serta turut mengalami kerosakan pada bahagian lain," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Artikel Berkaitan: