Usul lebih ramai calon muda PRU15: Pemuda UMNO Alor Setar

Syed Mohd Johan
Syed Mohd Johan
A
A
A

ALOR SETAR - Pemuda UMNO Alor Setar menyarankan kepimpinan untuk meletakkan lebih ramai calon anak muda pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri berkata, ia terbukti selepas kesemua calon muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mendapat tempat di hati rakyat di negeri itu apabila diperkenalkan kepimpinan Pusat.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) mencatatkan kecemerlangan apabila membentuk kembali kerajaan negeri selepas memenangi 20 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka.

"Antara muka baharu diperkenalkan, Ketua Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan bagi kerusi DUN Asahan yang menentang bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Harun sekaligus memenangi kerusi DUN itu.

"Sehubungan itu, PRN Melaka adalah penanda aras kepada gerak kerja jentera parti terus diperkasa," katanya pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Sebelum itu, usul berkenaan dibawa Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar dan disokong sebulat suara oleh perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar.

Beliau berkata, walaupun kejayaan besar tercipta, jangan jadikan ia bekalan untuk selesa menghadapi PRU15 nanti.

"UMNO perlu segera menyusun langkah, mencatur strategi dan memperbaiki segala kelemahan yang ada agar kita lebih bersedia menjadi pilihan utama rakyat pada PRU akan datang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya juga berharap PRU15 diadakan sebelum pemilihan parti UMNO bagi mengelakkan perpecahan dan kekuatan jentera UMNO terhakis akibat

perebutan jawatan dari peringkat Pusat sehingga cawangan Parti.

Tambah beliau, gerak kerja pilihan raya dari peringkat Pusat sehingga ke peringkat PDM disaran didahulu dan diutamakan bagi memastikan jentera di semua peringkat bersiap sedia memenangkan BN pada PRU15 nanti.