Lacazette pacu kemenangan Arsenal

Lacazette meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika menentang Southampton.
Lacazette meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika menentang Southampton.
A
A
A

PENGENDALI Arsenal Mikel Arteta memuji persembahan penyerangnya, Alexandre Lacazette yang berjaya membantu Arsenal menamatkan kemarau kemenangan apabila kelab London itu menang 3-0 ke atas Southampton.

Lacazette menggantikan penyerang sensasi The Gunners Pierre-Emerick Aubame yang dalam kesebelasan utama Arsenal selepas penyerang Gabon itu tidak diturunkan gara-gara masalah disiplin.

Menurut Arteta, gol pertama yang disumbangkan dilihat cukup penting dalam memacu kemenangan Arsenal di Stadium Emirates.

"Saya sangat gembira. dia (Lacazette) telah melakukan semua yang kami minta dalam permainan. Pertama sekalI aksi pertahanannya adalah terbaik, dan kemudian cara dia memahami ruang dan ancaman ketika berada di dalam kotak penalti.

“Itulah sebabnya dia berpeluang menjaringkan gol. Dia benar-benar membantu pasukan dan saya sangat gembira," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Lacazette berjaya membuka jaringan untuk Arsenal pada minit ke-21 sebelum Martin Odegaard menambah gol kedua sebelum tamat separuh masa pertama.

Tonggak pertahanan Arsenal, Gabriel berjaya meledak gol ketiga sekali gus menyaksikan Southampton gagal mengakhiri kemarau 27 perlawanan tanpa kemenangan ketika bertandang ke Arsenal.

Dengan kemenangan itu, Arsenal kini menduduki tangga kelima satu mata di belakang West Ham manakala The Saints di kedudukan 16 hanya enam mata di atas zon penyingkiran.

Artikel Berkaitan: