Manchester United masih banyak perlu buat kerja rumah

Jaringan minit ke-75, Cristiano Ronaldo memastikan tiga mata Manchester United ketika berdepan Norwich City di laman lawan
Jaringan minit ke-75, Cristiano Ronaldo memastikan tiga mata Manchester United ketika berdepan Norwich City di laman lawan
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-75 untuk memberikan Manchester United kemenangan 1-0 ke atas Norwich City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pelawat bergelut mencipta peluang di Carrow Road.

Keputusan itu melonjakkan United ke tangga kelima dengan 27 mata daripada 16 perlawanan, di belakang West Ham United dengan perbezaan gol, manakala Norwich kekal terbawah dengan 10 mata.

Pengendali sementara Manchester United, Ralf Rangnick gembira dengan keputusan itu dan prestasi pertahanan yang mantap, namun mengakui bahawa mereka perlu menambah baik dalam setiap bahagian.

“Dari awal kami mengawal permainan tetapi tidak selalunya mempunyai penyelesaian terbaik. Ia satu lagi rekod bersih tetapi masih banyak kerja yang perlu dilakukan.

“Separuh masa kedua saya langsung tidak gembira dengan jumlah sepakan sudut yang kami berikan, biarpun kami mendapat tiga mata.

"Sekarang kami mempunyai dua rekod bersih yang bagus tetapi kami masih perlu memperbaikinya di tempat lawan, terutamanya menentang pasukan fizikal atau pasukan yang menyerang tinggi seperti Norwich. Mereka tidak bermain seperti pasukan tercorot," kata Rangnick.

Sementara itu, pengendali Norwich City, Dean Smith gembira dengan semangat juang para pemain Norwich dan keputusan pengadil Darren England untuk memberikan United penalti.

"Kami baru sahaja menentang dua daripada enam pasukan teratas, kami mendominasi Tottenham tetapi tidak mengambil peluang dan hari ini kami menentang salah satu pasukan besar dengan penalti yang meragukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada perlawanan itu, Manchester United tidak mempunyai kelebihan sehingga sepakan penalti Ronaldo yang mengubah keadaan selepas dia dijatuhkan pertahanan tuan rumah, Max Aarons.

Sementara itu, Kapten United, Harry Maguire memuji penjaga gol David De Gea dan mengakui United tidak berada pada tahap terbaik berkata, para pemain memerlukan konsistensi dalam meraih keputusan positif.

“David De Gea melakukan yang terbaik hari ini, di sebalik kami sangat kecewa dengan rekod pertahanan tahun ini, kami tahu perlu melakukan lebih baik.

"Apabila anda bermain setiap minggu, sesetengah persembahan tidak akan berada pada tahap tertinggi. Anda lihat pasukan teratas melakukannya, mereka tidak bermain dengan baik setiap minggu tetapi mereka masih mendapat keputusan,",” kata pertahanan tengah itu.


KEPUTUSAN


Norwich City 0-1 Manchester United

Cristiano Ronaldo (75')

Arsenal 3-0 Southampton

Lacazette (21')

Ødegaard (27')

Gabriel Magalhães (62')

Chelsea 3-2 Leeds United

Raphinha (28')

Mount (42')

Jorginho (58'), (94')

Gelhardt (83')

Liverpool 1-0 Aston Villa

Salah (67')

Manchester City 1-0 Wolves

Sterling (66')

Brentford 2-1 Watford

Dennis (24')

Jansson (84')

Mbeumo (95')