Kekal fokus berdepan Newcastle: Rodgers

Rodgers. - foto Daily Post
Rodgers. - foto Daily Post
A
A
A

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers berharap kekalahan 2-3 The Foxes kepada Napoli dalam saingan Liga Europa pada Khamis tidak menganggu fokus menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Newcastle, pada Ahad.

Menurut Rodgers, skuad kendaliannya itu perlu terus mengekalkan fokus untuk berdepan Newcastle biarpun The Magpies kini berada pada zon penyingkiran.

“Kita telah tewas kepada Napoli dan menyebabkan kita tidak dapat mara ke pusingan kalah mati Liga Europa kali ini.

“Oleh itu, kita perlu berikan fokus untuk berdepan Newcastle dan memulakan semula rentak kemenangan,” katanya.

Untuk rekod, Leicester kini berada pada kedudukan ke-12 EPL dengan 19 mata setelah mengharungi 15 perlawanan.

Mengulas lanjut Rodgers berkata, pihaknya perlu melakukan sesuatu dalam usaha memantapkan lagi benteng pertahanan The Foxes.

Katanya, benteng pertahanan pasukan dilihat banyak melakukan kesilapan hingga membenarkan pintu gol dibolosi dengan mudah dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Sesuatu perlu dilakukan di benteng pertahanan kita. Ia perlu diperkuatkan agar kita tidak lagi mudah untuk dibolosi selepas ini.

Artikel Berkaitan:

“Dengan benteng pertahanan yang kukuh, saya percaya ia juga akan memberikan inspirasi kepada jentera serangan pasukan untuk menjadi lebih efektif,” katanya.