Tun M hadir tayangan perdana Filem Raj of The East

Dr Mahathir (kanan) hadir ke Majlis Tayangan Filem Raj of The East di pawagam TGV, Suria KLCC di sini hari ini.
Dr Mahathir (kanan) hadir ke Majlis Tayangan Filem Raj of The East di pawagam TGV, Suria KLCC di sini hari ini.
A
A
A

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Majlis Tayangan Perdana Filem Raj of The East di pawagam TGV, Suria KLCC di sini hari ini.

Beliau yang tiba pada pukul 8.30 malam tadi hadir ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan diiringi, penerbit, pengarah merangkap penulis skrip filem tersebut, Tan Sri Adam Kadir.

Menurut Adam, filem berbahasa Inggeris itu layak dicalonkan dalam Anugerah Oscar selepas ia ditayangkan di Laemme Theatre, Hollywood selama tujuh hari berturut-turut pada Disember, tahun lalu.

"Saya juga dimaklumkan, seramai 1,000 peserta daripada Oscar Academy telah mengundi filem ini untuk dicalonkan bagi semua kategori.

"Salah satu cabaran menghasilkan Raj of The East, kami perlu mengelakkan ciri-ciri moden bagi menyesuaikan dengan jalan cerita yang berlatarkan Tanah Melayu pada era 1900," katanya di sini hari ini.

Raj of The East merupakan sebuah filem semi biopik yang mengangkat sejarah kehidupan bekas residen British Pahang, Sir Hugh Clifford yang datang ke Tanah Melayu pada 1883.

Selain Datuk Rahim Razali yang memegang watak sebagai Tok Batin, filem tersebut turut dibintangi barisan pelakon, Datuk Yasmin Yusoff, Rashidi Ishak dan Adeline Tsen.

Artikel Berkaitan: