Sila log masuk terlebih dahulu.

Cuba terjun bumbung sekolah kerana cinta ditolak

Pelajar terbabit dipercayai cuba terjun dari atas bumbung sekolah. (Gambar kecil: Nota yang dipercayai ditulis oleh pelajar terbabit.)
Pelajar terbabit dipercayai cuba terjun dari atas bumbung sekolah. (Gambar kecil: Nota yang dipercayai ditulis oleh pelajar terbabit.)
A
A
A

BANTING - Hanya kerana cinta ditolak rakan sebaya, seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Telok Datok, di sini, dipercayai cuba terjun dari bumbung sekolahnya, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu dimaklumkan pihak sekolah terbabit selepas pelajar lelaki terbabit dilihat memanjat dan berjalan di atas bumbung.

Ketua Polis Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, setelah tiba di lokasi, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk cuba memujuk pelajar terbabit.

"Pelajar ini akhirnya berjaya diselamatkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba.

"Pemeriksaan mendapati, pelajar terbabit hanya cedera ringan di bahagian lengannya semasa proses menyelamat dan dibawa ke Hospital Banting untuk rawatan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pelajar ini mengaku cuba terjun kerana kecewa dengan seorang pelajar perempuan yang sebaya dengannya. Pelajar ni mengatakan telah berjumpa dengan pelajar perempuan itu semalam dan meluahkan perasaan cintanya, namun cinta itu ditolak.

Katanya, alasan yang diberikan adalah kerana tidak meminati pelajar lelaki tersebut kerana lebih menyukai seorang pelajar lelaki lain. Disebabkan itu, pelajar lelaki tersebut merasa putus asa dan mengambil keputusan untuk terjun.

Tambahnya, pelajar ini juga ada menulis satu nota.

Artikel Berkaitan:

"Mengikut keterangan gurunya, pelajar ini seorang murid yang baik dan pendiam selain tiada masalah disiplin," katanya.

Terdahulu, kejadian itu telah tular di media sosial menunjukkan seorang pelajar terbabit berjalan di atas bumbung.