X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Polis tahan lelaki cuba bakar bapa

A
A

ROM - Seorang lelaki berusia 58 tahun ditahan polis selepas cuba membakar bapanya berusia 89 tahun yang merupakan orang kurang upaya di Castellammare, Sabia (Naples).

Lelaki itu ditahan selepas dia memukul bapanya dengan tongkat, kemudian mencekiknya dan menuang alkohol ke katil bapanya sebelum cuba membakarnya.

Ibu dan abangnya yang berada di lokasi kejadian kemudian menghubungi polis, menurut Agensi Berita Itali (ANSA).

Lelaki itu pernah ditahan kira-kira empat tahun lepas kerana mendera ahli keluarganya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!