Pemuda ditahan menyamar pegawai tentera

Sebahagian barangan ketenteraan yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Ayer Molek Perdana pada Selasa lalu.
Sebahagian barangan ketenteraan yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Ayer Molek Perdana pada Selasa lalu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Ayer Molek Perdana Kuala Sungai Baru di sini Selasa lalu selepas disyaki menyamar sebagai pegawai tentera dan memiliki barangan ketenteraan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, suspek diberkas dalam serbuan yang dilakukan sepasukan polis dan tentera Kem Terendak Sungai Udang pada jam 9.15 malam.

Menurutnya, pemeriksaan menemui beberapa pakaian termasuk pakaian celoreng bersama seluar berpangkat kapten dan aksesori, kasut berwarna hitam, tali pinggang kor artileri, beret dan sepasang stoking hijau.

"Soal siasat awal mendapati suspek mengaku mendapatkan pakaian tentera itu melalui pembelian secara dalam talian. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Jelas beliau, siasatan lanjut mendapati suspek terlibat dalam satu kes liwat membabitkan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Ayer Molek Perdana Kuala Sungai Baru dipercayai berlaku pada 23 hingga 25 November lalu dan disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Menurutnya, suspek turut ditahan kerana memperdayakan seorang lelaki dengan menyamar sebagai Mejar Shuhada dan Kapten Saufi hingga mengakibatkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM21,400.

"Suspek berkenalan dengan mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan memperdayakan mangsa dengan memaklumkan mempunyai masalah peribadi serta urusan perkahwinan.

"Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama lima hari bermula Khamis.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun ujian air kencing suspek didapati negatif," katanya.