Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak di kepala, perut

Seorang wanita hamil maut apabila ditembak di timur Philadelphia, Amerika Syarikat, pada Ahad. - Foto AP
Seorang wanita hamil maut apabila ditembak di timur Philadelphia, Amerika Syarikat, pada Ahad. - Foto AP
A
A
A

PHILADELPHIA - Seorang wanita hamil maut apabila ditembak di timur Philadelphia, Amerika Syarikat, pada Ahad.

Polis berkata wanita berusia 32 tahun yang hamil tujuh bulan itu ditembak di kepala dan perut pada 8.30 malam, di kawasan kejiranan Lawncrest.

Berdasarkan laporan awal, ketika kejadian, mangsa sedang membuka hadiah daripada majlis baby shower untuk bayinya.

Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Einstein namun disahkan meninggal dunia pada jam 9 malam.

Bayi dalam kandungannya pula disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Polis berkata, suspek dilihat menyasarkan mangsa namun motif kejadian masih dalam siasatan. - Awani

Artikel Berkaitan: