Messi gembira jaring gol pertama di Ligue 1

Messi mengawal bola pada perlawanan berkenaan. -Foto EPA
Messi mengawal bola pada perlawanan berkenaan. -Foto EPA
A
A
A

PENYERANG sensasi Lionel Messi gembira setelah berjaya memecah kebuntuan jaringan di Ligue 1 apabila menjaringkan gol ketiga Paris Saint Germain (PSG) ketika menewaskan Nantes 3-1 di Le Parc des Princespada Sabtu.

Menurut Messi, jaringan itu nyata menggembirakannya setelah gagal menjaringkan sebarang gol sejak beraksi bersama gergasi Ligue 1 itu sejak Ogos lalu.

Bintang Argentina itu menjaringkan gol berkenaan pada minit ke-87 menerusi rembatan cantik dari luar kotak penalti bagi memastikan kemenangan skuad Les Parisiens itu.

“Sudah pasti saya gembira dengan gol pertama saya ini. Saya begitu menginginkannya dan saya berjaya melakukannya hari ini.

“Saya juga mendapat beberapa peluang menjaringkan gol sebelum ini, tetapi gagal menyempurnakannya sehingga ke hari ini. Saya sungguh gembira,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Kylian Mbappe membuka jaringan buat PSG seawal minit ke-2. namun skuad Mauricio Pochettino itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila penjaga gol, Kaylor Navas dilayangkan kad merah.

Kesempatan itu dimanfaatkan pemain Nantes, Randal Kolo Muani bagi menyamakan kedudukan pada minit ke-76, namun kesilapan pemain gantian Dennis Appiah menjaringkan gol sendiri pada minit ke-81 telah memberikan kelebihan buat PSG dan seterusnya Messi melenyapkan sisa-sisa kebangkitan pelawat apabila menjaringkan gol pada minit ke-87 bagi mengesahkan kemenangan di laman sendiri.

Kemenangan itu menyaksikan PSG terus gah selaku pendahulu Ligue 1 dengan 37 mata hasil 14 perlawanan setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Messi menyifatkan gol berkenaan bakal membuka ruang buatnya menjaringkan lebih banyak gol selepas ini.

“Kini, setelah berjaya menjaringkan gol, saya semakin yakin dan pasti akan menjaringkan lebih banyak gol selepas ini,” katanya.