X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

1,440 individu dijangka guna VTL darat bermula 29 November

Hasni Mohammad
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seramai 1,440 individu dijangka menggunakan laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura yang akan dilaksanakan serentak dengan VTL udara pada 29 November ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, bagi memudahkan pelaksanaan VTL tersebut kerajaan negeri sudah menghantar prosedur operasi standard (SOP) khas kepada kerajaan Persekutuan.

"Sebagai persediaan melakukan ujian rintis pada Isnin ini ( 22 November), Johor sudah bersedia menerima masuk 1,440 individu pada minggu pertama pelaksanaan VTL darat itu nanti.

"Untuk pengetahuan Johor sudah mempunyai pengalaman membantu kerajaan Persekutuan bagi kemasukan kira-kira 2,000 individu setiap hari menerusi skim Aturan Perjalanan Berkala (PCA) manakala sebanyak 400 individu sehari bagi Laluan Hijau Dua Hala (RGL) Malaysia-Singapura," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Liow Cai Tung (DAP-Johor Jaya) berkenaan kuota yang ditetapkan untuk kemasukan VTL darat Malaysia-Singapura pada Sidang Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14 pada Ahad.

Dalam pada itu, Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Benut menjelaskan sebuah Pusat Pengembara Perniagaan (BTC) akan diwujudkan di negeri ini dengan melibatkan peruntukan sebanyak

RM10 juta sebagaimana yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2022.

Beliau berkata, BTC Johor yang akan beroperasi pada suka pertama tahun hadapan sekali gus memudahkan ketibaan pelawat perniagaan jangka pendek yang dikecualikan daripada menjalani kuarantin wajib tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Pada Mac lalu, sebuah BTC telah diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Berikutan kejayaan BTC di KLIA, kerajaan Persekutuan akan mewujudkan BTC kedua di negeri ini.

"Kemudahan BTC ini akan diselaraskan bersama MIDA dan Invest Johor. Ia dijangka akan dibuka bagi memudahkan pergerakan keluar masuk merentas sempadan darat sama ada di Kompleks Kastam

Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan juga di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Link Kedua," jelasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!