Sila log masuk terlebih dahulu.

Warna-warni PRN Melaka 2021!

20 November 2021 | SocMed Flash
A
A
A

Rakaman suasana di beberapa tempat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021, hari ini.

Proses pengundian PRN Melaka bermula 8 pagi ini dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.

Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, akan dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga waktu mengundi tamat pada 5.30 petang.

Sumber video: Wartawan Sinar Harian, Nazihah Khan

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka menerusi portal PRU.

#SinarHarian#SinarTerkini#Politik#PRNMelaka#MelakaPilihSiapa#Melaka