Harimau Selatan potong Tok Gajah

Pemain JDT, Diogo Luis Santo (kanan) meraikan kejayaannya meraih gol yang kedua JDT ketika sepakan penalti pada separuh masa pertama dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2019 JDT menentang PKNP FC di Stadium Tan Sri Dato' Haji HAssan Yunos, malam ini. - Foto Bernama
Pemain JDT, Diogo Luis Santo (kanan) meraikan kejayaannya meraih gol yang kedua JDT ketika sepakan penalti pada separuh masa pertama dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2019 JDT menentang PKNP FC di Stadium Tan Sri Dato' Haji HAssan Yunos, malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

PENYANDANG juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali merampas takhta Liga Super dari Pahang selepas membenam PKNP FC 3-0 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi.

Kesemua gol tuan rumah dijaringkan jentera serangan import Harimau Selatan termasuk dua sepakan penalti.

Namun aksi bermula perlahan apabila tuan rumah tercari rentak perlawanan apabila kali ini menurunkan beberapa pemain simpanan.

Untuk kali ini Harimau Selatan merehatkan Safawi Rasid dan Mohd Afiq Fazail yang digantikan dengan Akhyar Rasid dan Nazmi Faiz.

Kempen gol Harimau Selatan bermula pada minit ke-27, apabila Leandro Velazquez merembat masuk bola yang gagal dikuis penjaga gawang lawan.

Kelab kendalian Luciano Figueroa kemudiannya menambah dua gol lagi pada babak pertama, kedua-duanya menerusi sepakan penalti selepas Diogo Luis Santo dikasari dalam petak penalti.

Diogo mudah memperdayakan penjaga gol lawan bagi menjaringkan gol penalti pertama pada minit ke-36 manakala penalti kedua disempurnakan Gonzalo Cabrera lima minit berselang.

Bersambung babak kedua, tuan rumah lebih menguasai perlawanan dengan melancarkan beberapa serangan menerusi gandingan Diogo dan Cabrerra.

Artikel Berkaitan:

Harapan pelawat mengurangkan defisit gol bertambah kelam apabila kapten pasukan mereka, Ahmad Sukri Ab Hamid dilayangkan kad merah pada minit ke-74.