Pengawal keselamatan maut motosikal bertembung kereta

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah kereta kira-kira jam 9.20 pagi tadi.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah kereta kira-kira jam 9.20 pagi tadi.
A
A
A

KUANTAN – Seorang pengawal keselamatan maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta di jalan Besar Felda Lepas Hilir, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, mangsa ialah M Jason, 39, yang dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah kereta kira-kira jam 9.20 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta dipandu seorang kerani, Mohd Naim Abdul Aziz, 34, bergerak dari arah Felda Lepar menghala ke Kuantan.

“Apabila sampai ke tempat kejadian, Mohd Naim melihat motosikal yang ditunggang mangsa dalam keadaan terhuyung-hayang dari arah Kuantan, telah masuk ke laluan bertentangan menyebabkan Mohd Naim gagal untuk mengelak lalu terlanggar motosikal ditunggangi mangsa.

“Bagaimanapun siasatan lanjut masih lagi diteruskan dan pihak polis masih mengesan saksi-saksi bagi membantu siasatan yang dibuat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan jalan 1987mayar mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Mohd Noor berkata, kenderaan-kenderaan terlibat juga akan menjalani pemeriksaan Puspakom

Siasatan awal di lokasi kejadian pula mendapati sistem jalan dua lorong satu hala. Terdapat garisan putih berkembar pembahagi lorong.

“Keadaan jalan lurus dan kering manakala cuaca adalah baik. Keadaan lalu lintas di tempat kejadian juga tidak sibuk,” katanya.

Artikel Berkaitan: