Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan segera

Dr Sahruddin memakaikan ves sukarelawan Combi kepada salah seorang wakil peserta pada program tersebut, hari ini.
Dr Sahruddin memakaikan ves sukarelawan Combi kepada salah seorang wakil peserta pada program tersebut, hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG- Kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim di sini akan bermula selepas proses pemeriksaan selesai.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, Dr Sahruddin Jamal berkata proses pemeriksaan pencemaran itu akan bermula hari ini dan pemilihan kontraktor sesuai akan dilaksanakan.

"Memandangkan ini melibatkan sisa kimia berbahaya jadi ada pasukan seperti PBT, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Hazmat (Pasukan Unit Bahan Berbahaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat).

"Hari ini ada pasukan untuk periksa keadaan sungai dan dari situ kita baru boleh tentukan kontraktor mana serta tempoh pembersihan itu. Kita akan pilih kontraktor yang profesional, sudah biasa membersihkan sisa kimia berjadual ini. Proses ini akan segerakan dalam minggu ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Negeri Johor, di Taman Kota Masai, hari ini.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas dakwaan penduduk pencemaran di Sungai Kim Kim bukan perkara baharu beliau menegaskan tanggungjawab mengawal pencemaran bukan hanya terletak di bahu kerajaan negeri.

"Jika nampak, masyarakat perlu laporkan kepada JAS, polis tapi Insya-ALLAH saya akan ambil maklum. Kita harap penglibatan semua pihak.

"Saya akan bekerjasama dengan PBT, Pejabat Daerah dan agensi lain untuk memastikan, kalau boleh selepas ini bukan hanya pencemaran di Sungai Kim Kim tapi pencemaran semua sungai di negeri ini dapat dikurangkan," katanya.

Artikel Berkaitan: