Perompak larikan lori muatan kondom bernilai AS$72,000

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

SEKUMPULAN perompak melarikan sebuah lori yang mengandungi bekalan kondom bernilai kira-kira AS$72,000, kata polis.

Kejadian berlaku pada jam 5.30 pagi di tempat letak kereta di bandar Zorra, berdekatan dengan Ontario, Kanada pada Jumaat, memetik laporan CBC News.

Anggota polis Ontario dikerah ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan mendapati lori berkenaan serta sebuah karavan hilang dari premis itu.

Selain itu, beberapa kenderaan lain didapati telah dipecah masuk.

Siasatan awal mendapati perompak berkenaan memasuki kawasan berkenaan melalui pagar yang telah dirosakkan.

Namun tidak dapat dipastikan jika perompak itu mencuri lori terbabit kerana isi kandungannya atau sebaliknya.

Jumlah individu yang terlibat juga tidak dapat dipastikan lagi. - Awani

Artikel Berkaitan: