X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Soon Huat-Shevon Lai mara, Peng Soon-Liu Ying kandas

FOTO: Badminton Association of Malaysia - BAM
A
A

DUA beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengalami nasib berbeza pada saingan Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman malam ini.

Soon Huat-Shevon Lai yang berkedudukan ranking ke-13 dunia meneruskan kemaraan apabila menewaskan pasangan Belanda, Ruben Jille-Cheryl Seinen straight set 21-14, 21-15.

Sementara itu, beregu pilihan keempat kejohanan Peng Soon-Liu Ying yang juga berstatus rangking kelapan dunia pula dikejutkan dengan kekalahan kepada pasangan dari Denmark, Mikkel Mikkelsen-Rikke Soby, 20-22, 21-15, 16-21.

Dalam acara perseorangan lelaki, pemain profesional negara, Liew Daren terpaksa akur kehebatan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu apabila tewas 21-17, 22-20.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!