Pesawat Cebu Pasific menuju Singapura dilencongkan Brunei

Pesawat Airbus A330-343
Pesawat Airbus A330-343
A
A
A

SINGAPURA - REPUBLIK SINGAPURA. Penerbangan Cebu Pacific 5J803 dari Manila menuju ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Brunei awal pagi tadi akibat masalah teknikal, menurut kenyataan syarikat penerbangan itu di laman Twitternya.

Menurut kenyataan itu, pesawat terbabit dilencongkan ke Bandar Seri Begawan pada pukul 1.45 pagi (waktu tempatan).

“Semua penumpang dan anak kapal selamat. Sebuah lagi pesawat sudah dihantar dari Manila untuk membawa penumpang yang terjejas ke Singapura,” menurut Cebu Pacific.

Pesawat Airbus A330-343 sebelumnya dijadual tiba di Singapura pada pukul 2.05 pagi (waktu tempatan). - CNA

Artikel Berkaitan: