'UMNO, BN jangan seronok sangat'

Shahril. Foto Sinar Harian: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Shahril. Foto Sinar Harian: ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO dan BN tidak boleh terlalu seronok dengan gelombang sokongan yang diterima kebelakangan ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berkata, sebaliknya parti perlu sedar bahawa sokongan itu mungkin tidak berpanjangan.

"Gelombang dua tiga bulan ini nampaknya berpihak kepada kita. Tetapi kita perlu sentiasa akur dan insaf bahawa gelombang ini berlaku sekarang, tetapi masa masih panjang lagi (sebelum PRU15).

"Dalam tempoh itu, PH boleh tebus kesilapan mereka dan kita mungkin buat kesilapan baharu," katanya dalam wacana Sinar Harian ke-92 bertajuk 'Pengundi Muda: Kena Tipu Ke?', hari ini.

Beliau merujuk kepada sokongan diterima BN dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih yang menyaksikan calon parti itu menang menewaskan PH.

Menurut Shahril lagi, UMNO dan BN perlu belajar daripada kesilapan dan jangan angkuh menyalahkan pengundi yang memilih PH.

"Kalau kita kekal angkuh, salahkan pengundi seolah-olah BN tiada silap, itu perkara yang perlu dielakkan.

"Kedua-dua pihak (UMNO-BN dan PH) ada keangkuhan dan dalam masa empat tahun ini masing-masing perlu perbaiki dan akhirnya insya-ALLAH BN-UMNO menang," katanya.

Artikel Berkaitan: