X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Tukang gunting maut, kereta dipandu terputus dua

Kereta dipandu mangsa terputus dua selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 28 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang tukang gunting rambut maut apabila kereta Proton Wira dipandunya hilang kawalan dan terputus dua selepas dirempuh sebuah Volkswagen Golf di kilometer 28 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur pada Ahad.

Kejadian jam 10 malam itu menyebabkan mangsa, Mohamad Zulkhairin Syazwan Abdullah, 22, yang beralamat di Kampung Bahagia Mersing meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan.

Menurutnya, ketika kejadian kereta dipandu mangsa dalam perjalanan dari Bestari Jaya menuju ke Sungai Buloh bergesel dengan sebuah kereta Proton Wira di laluan sama.

"Kejadian itu mengakibatkan kereta mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan konkrit di sebelah kanan dan memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh Volkswagen Golf.

"Rempuhan itu menyebabkan kereta mangsa terputus dua dan berpusing 50 meter dari tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!