Motosikal terbabas: Selepas dua hari baru jumpa mayat

Motosikal ditunggang mangsa yang terbabas dalam semak selepas kemalangan itu.
Motosikal ditunggang mangsa yang terbabas dalam semak selepas kemalangan itu.
A
A
A

TANAH MERAH - Mayat seorang remaja berusia 19 tahun yang terlibat dalam kemalangan dua hari lalu, akhirnya dijumpai di Jalan Tanah Merah - Kampung Sat berhampiran rumah mayat Hospital Tanah Merah (HTM) di sini pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Amir, 19, dipercayai menunggang berseorangan pada hari kejadian kira-kira jam 8 malam dan ketika sampai di laluan terbabit, dia dipercayai gagal mengawal motosikalnya.

Akibat itu, motosikal yang ditunggangnya terbabas masuk ke dalam semak.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke unit forensik HTM untuk bedah siasat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Artikel Berkaitan: