Perkeso beri tempoh sebulan majikan daftar pekerja

Wan Kefli Hamid
Wan Kefli Hamid
A
A
A

PUCHONG - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi tempoh sebulan hingga 31 Mac ini kepada majikan yang belum mendaftarkan perusahaan dan pekerjanya.

Penolong Pengarah Perkeso Selangor, Wan Kefli Hamid berkata, selepas itu tindakan penguatkuasaan akan dijalankan pihaknya dan ia dilaksana di seluruh negara.

Menurutnya, mana-mana majikan yang mendaftar secara sukarela dalam tempoh itu akan dikecualikan daripada tindakan denda.

“Perkeso jalankan bulan pemutihan bermula 1 Mac lalu, kami gesa semua majikan yang belum mendaftar datang ke pejabat Perkeso terdekat.

“Mereka yang datang secara sukarela tidak dikenakan apa-apa tindakan namun jika gagal tindakan diambil bermula 1 April nanti,” katanya.

Artikel Berkaitan: