Vietnam antara negara paling banyak ditonton di TikTok

Vietnam menduduki tempat keenam dalam senarai 25 negara paling banyak ditonton di platform media sosial TikTok dengan 107 juta tontonan. - Foto 123RF
Vietnam menduduki tempat keenam dalam senarai 25 negara paling banyak ditonton di platform media sosial TikTok dengan 107 juta tontonan. - Foto 123RF
A
A
A

HANOI - Vietnam menduduki tempat keenam dalam senarai 25 negara paling banyak ditonton di platform media sosial TikTok dengan 107 juta tontonan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Sementara itu Jepun mendahului senarai dengan 461.2 juta tontonan, menurut kajian terbaharu yang dibuat oleh syarikat pakaian berjenama, UK Superdry.

Rusia di tempat kedua dengan 246.6 juta tontonan diikuti Mexico sebanyak 215.3 juta.

Sembilan negara Asia menduduki kedudukan 25 teratas, menyaksikan China di tempat kelima dengan 110.1 juta tontonan diikuti Vietnam dan Thailand (95.1 juta), Indonesia (945.4 juta), Filipina (36.5 juta) dan Malaysia (27.6 juta).

Sementara untuk kategori bandar raya, Ho Chi Minh di kedudukan kelima dalam kalangan 10 bandar paling banyak ditonton di TikTok dengan 32.6 juta klik.

New York antara lima bandar raya di Amerika Syarikat paling banyak menerima tontonan iaitu 114 juta.

Seoul di belakang dengan 106.5 juta diikuti Dubai dan Jakarta masing-masing sebanyak 62.7 dan 37.1 tontonan.- Bernama

Artikel Berkaitan: