Warga emas maut motosikal bertembung kereta

Anggota bomba membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Rimba Terjun, Kampung Rimba Terjun, Pontian pada Khamis.
Anggota bomba membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Rimba Terjun, Kampung Rimba Terjun, Pontian pada Khamis.
A
A
A

PONTIAN - Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal diboncengnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Rimba Terjun, Kampung Rimba Terjun di sini pada Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Pegawai Bomba Kanan II Hasnan Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 6.48 pagi dan seramai enam anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, kemalangan itu melibatkan motosikal Yamaha dan kereta jenis Toyota Vios.

"Ketika kejadian, Toyota Vios tersebut bergerak dari arah Pontian menghala ke Kukup, manakala motosikal dari arah bertentangan sebelum bertembung.

"Kemalangan itu mengakibatkan mangsa, Ang Jin Nai, 66, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya, Tan Cheong Lin, 66, yang menunggang motosikal itu cedera," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pontian dengan menaiki ambulans, manakala pemandu Toyota Vios, Nurinainul Suhaili Muhmad Saman, 22, selamat.

Artikel Berkaitan: