Pesawat tentera terhempas di kawasan perumahan Texas

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan kepulan asap memenuhi ruang udara selepas kejadian.- Reuters
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan kepulan asap memenuhi ruang udara selepas kejadian.- Reuters
A
A
A

TARRANT COUNTY - Sebuah pesawat tentera terhempas di kawasan perumahan di Lake Worth, Texas, Amerika Syarikat pada Ahad.

Kejadian turut menyebabkan kerosakan pada beberapa kediaman selain gangguan pada bekalan elektrik.

Pada sidang media, Ketua Polis Lake Worth JT Manoushagian mengesahkan kedua-dua juruterbang pesawat cedera dan sedang menerima rawatan.

Ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, mereka mendapati payung terjun salah seorang juruterbang tersangkut pada tiang elektrik.

Seorang lagi juruterbang ditemui di kawasan berdekatan.

Tiada kecederaan dialami oleh penduduk, namun tiga rumah dilaporkan mengalami kerosakan dalam nahas itu.

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan kepulan asap memenuhi ruang udara selepas kejadian.

Pesawat tersebut dilaporkan sebagai jet latihan, namun modelnya tidak didedahkan.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan kawasan kejiranan itu kerap digunakan oleh tentera bagi menjalani misi latihan.

Siasatan sedang dijalankan dan perincian tepat tentang misi latihan belum diketahui. - Awani