X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Jumpa barang kemas dalam timbunan sisa kebakaran

Sejumlah barangan kemas yang dijumpai di dalam rumah yang terbakar dalam kejadian di Kampung Tembesu, Limbat, Kota Bharu pada Ahad.
A
A

KOTA BHARU - Sikap sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan wajar dipuji apabila bertindak memulangkan semula kepada mangsa barangan kemas bernilai RM20,000 yang ditemui dalam timbunan sisa kebakaran sebuah rumah di Kampung Tembesu, Limbat di sini pada Ahad.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Penolong Penguasa Bomba, El Taraff Mohd Zachariah berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 5.21 petang.

Beliau yang juga komander operasi berkata, pasukan bomba kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 5.26 petang sebelum mendapati api marak membakar sebuah rumah berukuran 609.6 meter persegi.

Api yang marak membakar sebuah rumah ketika empat penghuni berada di dalamnya di Kampung Tembesu, Limbat, Kota Bharu pada Ahad.
Api yang marak membakar sebuah rumah ketika empat penghuni berada di dalamnya di Kampung Tembesu, Limbat, Kota Bharu pada Ahad.

“Api dipercayai bermula dari bahagian belakang rumah ketika empat penghuni berada di dalamnya, namun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri dan tidak cedera serta tidak ada korban nyawa.

“Pasukan Keluaran Operasi juga berjaya menemui sejumlah barang kemas dan menyerahkannya kepada keluarga mangsa yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Ujar beliau, operasi membabitkan 11 anggota iaitu enam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh manakala lima dari BBP Tunjong bersama dua jentera bomba.

“Usaha menyelamat turut dibantu oleh enam anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

“Hasil pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan 85 peratus bahagian rumah itu,” katanya.

Anggota bomba menyerahkan barang kemas yang ditemui kepada mangsa.
Anggota bomba menyerahkan barang kemas yang ditemui kepada mangsa.

Beliau berkata, Pasukan Keluaran Operasi bertugas turut berjaya menghalang kebakaran daripada merebak.

“Api dapat dapat dikawal sepenuhnya pada jam 5.41 petang dan operasi selesai pada jam 7.23 malam.

“Punca kebakaran dan taksiran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!