X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Jalan ditutup, lencongan trafik Jalan Tun Razak hingga 14 Disember

Cadangan jalan alternatif berikutan penutupan jalan dan lencongan trafik di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah/Jalan Tun Razak mulai 15 September hingga 14 Disember ini. - Foto DBKL
A
A

KUALA LUMPUR - Penutupan jalan dan lencongan trafik dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah/Jalan Tun Razak mulai 15 September hingga 14 Disember ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan penutupan jalan itu bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf persimpangan bertingkat di Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru), Jalan Tun Razak, Jalan Tun Ismail, Jalan Ipoh dan jalan-jalan di sekitarnya.

“Trafik dari Bulatan Pahang menghala ke Jalan Sultan Azlan Shah akan dilencongkan ke arah jambatan Jalan Tun Razak dan seterusnya ke Jalan Tun Ismail, Jalan Putra dan Jalan Raja Laut untuk ke Jalan Sultan Azlan Shah.

“Bagi kenderaan ringan, trafik dari Bulatan Pahang akan dilencongkan ke Jalan Batu-Bata untuk ke Jalan Sultan Azlan Shah,” menurut kenyataan itu.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda sementara sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!