X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Rancang program diplomasi kebudayaan dalam agenda Belanjawan 2022

Wan Saiful
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyarankan agar waktu Covid-19 ini digunakan untuk merancang program diplomasi kebudayaan yang tersusun, terarah dan disertakan dengan peruntukan yang mencukupi.

Menurutnya, apabila prosedur operasi standard (SOP) membenarkan sempadan antarabangsa dibuka semula, adalah baik jika negara ini boleh menyaingi program diplomasi budaya yang terkenal seperti Fulbright Fellowship dari Amerika Syarikat dan Chevening (United Kingdom).

“Jika disusun dengan baik dan berstrategi, serta dirancang dari sekarang untuk dimasukkan sebagai salah satu agenda Belanjawan 2022, saya percaya kita boleh lakukannya,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di Facebooknya pada Jumaat.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata akan membentuk kerangka dasar luar negeri antaranya dengan menggalakkan diplomasi kebudayaan.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, diplomasi kebudayaan adalah salah satu elemen penting jika mahu meningkatkan ‘soft power’ Malaysia di mata dunia.

“Diplomasi kebudayaan boleh difahami sebagai penggunaan dan pertukaran idea, tradisi dan pemikiran antara negara bangsa.

“Ia boleh dijelmakan dalam bentuk pertukaran delegasi antara negara, aktiviti kebudayaan, percambahan idea dan lain-lain lagi yang boleh memperkenalkan cara hidup kita kepada dunia,” katanya.

Wan Saiful berkata, negara ini mempunyai banyak perkara yang boleh dikongsi dengan dunia termasuklah cara menguruskan kepelbagaian kaum dan agama, kekayaan adat resam, kejayaan pembangunan ekonomi dan usaha pemulihan negara daripada kesan wabak Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!