Pasangan milenial punyai amalan seks lebih baik berbanding generasi lepas?

A
A

ADAKAH pasangan milenial berkahwin punyai hubungan seks yang baik ?

Di awal perkahwinan, melakukan hubungan seks hampir setiap masa, namun mungkin tidak selepas 2 tahun akibat banyak faktor, apa mahu dibuat hanya menghabiskan banyak masa untuk tidur.

Rasa teraniaya apabila suami memaksa melakukan hubungan seks. Akibatnya, mengandung kerap dalam tempoh masa yang singkat.

Kenyataan-kenyataan di atas antara perkara tidak asing bagi pasangan berkahwin di Malaysia, kata Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dan Koordinator Unit Perancang Keluarga, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Harlina Halizah Siraj.

Turut mempunyai pandangan sama ialah Pakar Psikologi Sosial dan juga Naib Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM), Dr Kamal Kenny.

Mereka berdua bersetuju bahawa pasangan milenial berkahwin layak sepatutnya mempunyai hubungan seks yang sihat di forum pakar bertajuk 'Sex Sense for Married Millennials – Intimacy, Family & Health'.

“Hubungan seks yang bagus, bukanlah hanya fizikal. Seks yang sihat tidak tertakluk kepada jasad, ia merangkumi fikiran minda yang sama.

“Bila dua-dua setuju untuk seks, itulah seks yang bagus. Kedua-dua pasangan hendaklah menikmati kepuasan seks yang sama dan anda tidak perlu mengubah diri sendiri hanya untuk puaskan yang lagi satu.

“Seks bukan mekanikal. Frekuensi seks juga bukan ukuran untuk menentukan hubungan perkahwinan yang baik,” terang Kenny.

Antara diterangkan Harlina pula, tekanan adalah penyebab utama seks tidak dianggap penting di dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, bagaimanapun harus diingat, seks adalah salah satu cara paling baik untuk menghilangkan tekanan, justeru meluangkan masa bersama, perlu dijadikan prioriti.

Dalam zaman perkongsian maklumat digital tanpa batasan ini, adakah milenial berkahwin kita mempunyai amalan seks yang lebih baik daripada generasi yang telah lepas?

Kajian di luar negara menyatakan mereka kurang melakukannya, hasil dari pelbagai faktor termasuk gaya hidup moden.

Sebagai usaha untuk ambil tahu amalan hubungan seksual milenial berkahwin, FRHAM dan Durex Malaysia menjemput semua milenial berkahwin untuk menjawab Kaji Selidik Kesejahteraan Seks Generasi Alaf Baru Berkahwin di Malaysia.

Jika anda seorang milenial berkahwin, anda boleh membantu mereka membongkar misteri ini di sini: http://bit.ly/malaysianmarriedmillennials/

#sihataktif

#sinarharian