Lelaki kedua paling bahaya di Itali dicekup

Marco Di Lauro diburu sejak 14 tahun lalu.
Marco Di Lauro diburu sejak 14 tahun lalu.
A
A
A

ROM - ITALI. Ketua mafia yang hidup dalam pelarian sejak 14 tahun lalu, Marco Di Lauro ditahan polis Itali di rumahnya ketika sedang makan pasta bersama dua kucingnya.

Operasi yang melibatkan 150 pegawai polis itu berjaya menangkap Marco, 38, yang merupakan anak ketua mafia, Paolo Di Lauro di pangsapuri yang dihuni bersama isterinya dekat daerah Chiaino, Naples tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Menurut Ketua Polis Naples, Antonio De Iesu, 'aktiviti luar biasa' membolehkan pihak polis menjejaki suspek yang sebelum ini telah dijatuhi hukuman akibat pelbagai kegiatan jenayah.

Pihak polis bagaimanapun tidak menemui sebarang senjata dan sejumlah kecil wang dalam pangsapuri berkenaan.

Waran antarabangsa telah dikeluarkan kepada Marco pada 2006 dan beliau merupakan antara empat penjenayah paling dikehendaki di Itali.

Media Itali menyifatkan Marci sebagai lelaki kedua paling bahaya di negara berkenaan selepas bos mafia Sicily, Matteo Messina Denaro. – Agensi

Artikel Berkaitan: