Cubaan rogol warga emas, penganggur berdepan hukuman penjara

Seorang penganggur warganegara Thailand mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen Pasir Mas pada Khamis atas pertuduhan cubaan merogol seorang warga emas dalam satu kejadian, Febuari lalu.
Seorang penganggur warganegara Thailand mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen Pasir Mas pada Khamis atas pertuduhan cubaan merogol seorang warga emas dalam satu kejadian, Febuari lalu.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang penganggur warganegara Thailand berusia 38 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen Pasir Mas pada Khamis atas pertuduhan cubaan merogol seorang warga emas dalam satu kejadian, Febuari lalu.

Pengakuan bersalah berkenaan dibuat selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdi.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar itu tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana bimbang mangsa yang juga jiran tertuduh mengalami trauma dan gangguan.

Pada 23 Febuari lalu, pada jam 9 pagi, tertuduh didakwa melakukan cubaan merogol di kawasan kebun getah di Kampung Limau Purut, Tanah Merah, di sini.

Tertuduh semasa ditanya mengenai fakta kes berkenaan mengaku melakukan perkara tersebut selain memberitahu mahkamah yang dia berada dalam keadaan mabuk semasa kejadian itu.

Tertuduh berdepan hukuman di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sebutan semula kes pada 27 September ini.

Artikel Berkaitan: