Hakim ubah keputusan guna ivermectin ke atas pesakit Covid-19

Penggunaan ubat ivermectin tidak boleh digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 di Hospital West Chester, Ohio. - Foto Journal News
Penggunaan ubat ivermectin tidak boleh digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 di Hospital West Chester, Ohio. - Foto Journal News
A
A
A

WASHINGTON - Seorang hakim di negeri Ohio, Amerika Syarikat (AS) menyatakan hospital tidak boleh dipaksa untuk melakukan rawatan yang belum dibuktikan berjaya dari segi saintifik ke atas seorang pesakit Covid-19.

Sebelum ini, hakim Judge Gregory Howard membuat keputusan di sebuah lagi mahkamah di negeri tersebut yang membenarkan permohonan seorang isteri pesakit Covid-19 supaya hospital berkenaan menggunakan ubat antiparasit, ivermectin kepada suaminya.

Isteri pesakit itu telah memfailkan tuntutan undang-undang ke atas Hospital West Chester tersebut supaya menggunakan ubat berkenaan terhadap suaminya yang berusia 51 tahun dan terpaksa bernafas menggunakan ventilator.

Bagaimanapun, Hakim Michael Oster mengubah keputusan yang dibuat Howard itu pada Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hakim AS arah hospital guna Ivermectin rawat pesakit Covid-19

Menurut hakim itu, tidak ada kajian dilakukan sebelum ini yang menunjukkan ivermectin boleh disyorkan kepada pesakit Covid-19.

Pihak hospital tersebut mengalu-alukan keputusan Oster itu.

Ia menyatakan pihaknya tidak mempercayai bahawa hospital-hospital perlu diarahkan menggunakan ubat yang masih belum dibuktikan dari segi saintifik untuk kegunaan pesakit. - Agensi

Artikel Berkaitan: