'Masih terlalu jauh' untuk iktiraf Taliban, kata Biden

Joe Biden
Joe Biden
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Joe Biden pada Isnin berkata, belum tiba masanya dan ‘masih terlalu jauh’ untuk Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf kumpulan Taliban yang menguasai Kabul pertengahan Ogos lalu selepas pengunduran AS, lapor Agensi Anadolu (AA).

Biden berkata demikian kepada wartawan di Rumah Putih.

Pada taklimat Khamis lalu, setiausaha akhbar Rumah Putih, Jen Psaki berkata. AS enggan terburu-buru dalam mengiktiraf Taliban dan akan menilai 'tindakan mereka'.

Pada 31 Ogos, AS mengumumkan tamatnya operasi membawa keluar tenteranya dari Afghanistan, sekali gus mengakhiri peperangan yang disifatkan terpanjang dalam sejarah Amerika.

Dua minggu sebelum tentera AS selesai berundur, Taliban menawan Kabul menyebabkan rakyat panik dan ribuan orang berpusu-pusu ke lapangan terbang di bandar raya itu untuk melarikan diri.

Kira-kira 130,000 orang termasuk warga Amerika dan Afghanistan telah dibawa keluar dari negara ini yang dilihat sebagai antara operasi pemindahan besar-besaran. - Bernama

Artikel Berkaitan: