16 terbunuh kemalangan bas, treler di Mexico

16 terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas penumpang dan dua treler traktor di lebuh raya Mexico utara. Foto sumber internet
16 terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas penumpang dan dua treler traktor di lebuh raya Mexico utara. Foto sumber internet
A
A
A

MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh pada Khamis dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas penumpang dan dua treler traktor berhampiran km 39 di lebuh raya Sonoyta-San Luis Rio Colorado di negeri Sonora, Mexico utara, kata Pejabat Peguam Negeri, lapor Xinhua.

Di samping itu, sekurang-kurangnya 22 orang cedera, dengan enam mangsa berada dalam keadaan kritikal, kata pejabat Sonora dalam mesej Twitter.

Pihak berkuasa keselamatan melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku pada kira-kira pukul 5.00 pagi waktu tempatan dan pasukan perkhidmatan kecemasan dan anggota bomba telah berusaha sejak awal pagi untuk memberikan bantuan.

Bas yang dikendalikan oleh syarikat Expreso Interbus, bertembung dengan treler traktor yang diparkir di tepi jalan dan kemudian dilanggar oleh sebuah treler traktor lain yang bergerak dari arah bertentangan, menurut laporan akhbar tempatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: