X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Tempoh pembaharuan lesen, cukai jalan dilanjut hingga 31 Disember

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong ketika sidang media mengenai pengecualian memperbaharui lesen kenderaan motor dan lesen memandu Malaysia yang dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021 di Kementerian Pengangkutan hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Tempoh moratorium lanjutan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dilanjutkan hingga 31 Disember ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Bagaimanapun, katanya, pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah dan menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan.

Sebelum ini, tempoh pembaharuan LKM dan LMM ditetapkan hingga 30 Sept ini dan boleh diperbaharui melalui kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pos Malaysia Bhd, MyEG Services Sdn Bhd (MyEG) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Dengan mengambil kira maklum balas orang ramai, Ka Siong berkata, kementerian juga bersetuju untuk membuka semula kaunter JPJ dan Puspakom dengan kapasiti 100 peratus, iaitu secara ‘walk in’ (jumpa terus) bermula Isnin ini (6 Sept) bagi semua urusan berkaitan.

“Mulai 6 September juga, JPJ akan menghentikan sistem janji temu dalam talian. Pelanggan yang ingin berurusan di kaunter mesti telah mendapat vaksinasi lengkap dan menunjukkan status risiko rendah Covid-19 dalam aplikasi MySejahtera,” katanya pada sidang media berkenaan perkara itu di Kementerian Pengangkutan (MOT) di sini pada Jumaat.

Kata Ka Siong, orang ramai juga digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian menerusi portal mySIKAP JPJ atau melalui khidmat Pos Malaysia, MyEG, Puspakom untuk membuat apa-apa transaksi JPJ yang berkaitan.

“Ini bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ dan memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai memperbaharui LKM dan LMM,” katanya.

Dalam pada itu, MOT juga mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berurusan di kaunter bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!