X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Sidang Dewan Rakyat tunda ke 13 September

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen ke-14 telah dipinda ke Isnin, 13 September hingga Khamis, 12 Oktober 2021.
A
A

SHAH ALAM – Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula 6 September ini telah dipinda ke 13 September ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin menerusi satu surat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat malam Isnin.

“Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (2), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen ke-14 yang dijadualkan pada Isnin, 6 September hingga Khamis, 30 September 2021 telah dipinda ke Isnin, 13 September hingga Khamis, 12 Oktober 2021,” katanya menerusi surat itu.

Walau bagaimanapun, sebab-sebab penangguhan tersebut tidak dijelaskan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebelum ini memaklumkan bahawa sidang penuh Parlimen ke-14 akan diadakan selama 15 hari bermula 6 September ini.

Undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka diadakan pada persidangan itu.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Sharif sebelum ini menjangkakan bahawa berkemungkinan ada tarikh baharu untuk persidangan Dewan Rakyat disebabkan pertukaran Perdana Menteri.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!