X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

PM ajak rakyat jayakan Malaysia#QuranHour esok

Ismail Sabri mengajak rakyat menjayakan program Malaysia #QuranHour sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 30 Ogos ini.
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat menjayakan program Malaysia #QuranHour sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021.

Beliau berkata, dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah, diharap ia menjadi solusi daripada Ilahi untuk menenangkan dan mendamaikan jiwa rakyat di negara ini.

“Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021, sebagai Keluarga Malaysia, sama-sama kita doakan rakyat negara ini dapat mengukuhkan diri dengan nilai-nilai mulia dalam mengharungi cabaran semasa.

“Jom sertai Malaysia #QuranHour, berinteraksi dengan Surah Al-Mulk (kerajaan) dan tujuh Surah Musabbihat, bertemakan Malaysia Berbudi dan Penyayang sempena Hari Kemerdekaan di lokasi masing-masing pada 30 Ogos 2021 bermula jam 11 tengah hari hingga 1 tengah hari.

“Ayuh kita berhenti sejenak dan bersama-sama mendoakan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Malaysia #QuranHour di bawah naung Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama rakan sinergi termasuk TV AlHijrah, RTM, Bernama, Astro Oasis, Astro Awani, Utusan TV, Sinar TV dan Sinar Harian.

Selain itu, Nu Ideativ, IKIMfm, News Straits Times Press (NSTP), Zayan FM, Denaihati.com, Pusat Pelancongan Islam (ITC), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Rumah Ngaji dan Sahabah Al-Quran.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!