Militan Daesh mengaku dalang serangan bunuh diri

Sukarelawan dan petugas kesihatan membawa keluar mayat ke dalam sebuah kenderaan pikap di luar hospital di Kabul. - Foto AFP
Sukarelawan dan petugas kesihatan membawa keluar mayat ke dalam sebuah kenderaan pikap di luar hospital di Kabul. - Foto AFP
A
A
A

KABUL - Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bunuh diri di luar lapangan terbang Kabul pada Khamis semasa Amerika Syarikat (AS) mengetuai pemindahan keluar dari Afghanistan, kata agensi pemantau SITE.

Pengakuan itu dimuat naik Daesh menerusi akaun Telegram sayap propagandanya, Amaq tidak lama selepas serangan berlaku.

Menurut kenyataan itu, pengebom 'dapat meloloskan diri di semua sekatan keselamatan' dan 'serta berada pada jarak lima meter' berhampiran tentera AS sebelum meletupkan tali pinggang berisi bahan letupan.

Bagaimanapun, kenyataan terbabit hanya menyebut seorang pengebom dan hanya berlaku satu letupan.

Difahamkan, terdapat dua bom dipercayai diletupkan semasa serangan di luar lapangan terbang berkenaan.

Sementara itu, Taliban mengutuk keras serangan tersebut dan memaklumkan ia berlaku di kawasan yang dikawal tentera AS.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, kejadian itu sudah dijangka kerana AS telah diberi amaran kemungkinan berlaku serangan oleh kumpulan pengganas jika mereka tidak keluar atau melanjutkan tempoh pemindahan selepas tarikh 31 Ogos.

"Taliban akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada komuniti antarabangsa dan tidak membenarkan pengganas menggunakan Afghanistan sebagai pangkalan operasi mereka," tegas Zabihullah.

Artikel Berkaitan:

Semasa kejadian, ribuan warga Afghanistan sedang menunggu di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai dalam usaha meninggalkan negara sejak Taliban kembali berkuasa lebih seminggu lalu.

Pengeboman berani mati itu meragut 103 nyawa termasuk 13 anggota tentera AS di lokasi kejadian.- Agensi

Serangan nekad itu berlaku menjelang tarikh akhir pemindahan keluar rakyat asing

Pengunduran penuh pasukan AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada 31 Ogos ini.

Kira-kira 100,000 orang sudah dibawa keluar dari Afghanistan