PRK DUN Rantau: Pas beri laluan bukti wujud kerjasama

Ahmad (tengah) melawat ladang kelulut di Ayer Baloi.
Ahmad (tengah) melawat ladang kelulut di Ayer Baloi.
A
A
A

PONTIAN - Kerjasama UMNO dan Pas semakin mantap apabila kedua-dua parti terus meletakkan formula mengelak pertandingan tiga penjuru PRK DUN Rantau sebagaimana dilakukan pada PRK sebelum ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Pas terlebih dahulu sudah membayangkan akan memberi laluan kepada Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO Datuk Mohamad Hasan) untuk bertanding di DUN Rantau.

Katanya, laluan diberikan Pas kepada UMNO itu sekali gus menyangkal kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini lantang bersuara mendakwa Pas tidak akan menyokong pada PRK Semenyih.

“Kedua-dua parti menggunakan formula saling memahami dan bantu membantu. Pas terlebih dahulu sudah membayangkan memberi lampu hijau kepada UMNO meletakkan calon bertanding di PRK DUN Rantau.

“Ini menjadi bukti kerjasama kedua-dua parti cukup baik dengan masing-masing saling memahami dan mengelak pertandingan tiga penjuru,” katanya.

Beliau berkata pertandingan tiga penjuru yang dielakkan itu sebenarnya menguntungkan pihak yang bertanding.

“Di PRK Sungai Kandis (UMNO), Seri Setia (Pas), Port Dickson (Pas), Cameron Highlands (UMNO), Semenyih (UMNO) dan kemungkinan besar Rantau (UMNO).

“Formula sebegini sebenarnya perlu dikekalkan sekiranya ada PRK DUN mahupun Parlimen selepas ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan melihat hasil pertanian diusahakan penduduk seperti ladang kelulut dan ladang jagung di Ayer Baloi di sini, semalam.

Jelasnya, hasil pertanian diusahakan penduduk di kawasan kampung menjadi bukti pertanian mampu mendatangkan hasil lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh.