Sedih dilabel gila kerana kutip Jalur Gemilang

Muhammad Nasir Mustapha, 62, atau Mesra disapa Pak Dor Nasir Bendera bangga memandu vak miliknya yang dihiasi dengan Jalur Gemilang. Gambar kecil: Muhammad Nasir Mustapha
Muhammad Nasir Mustapha, 62, atau Mesra disapa Pak Dor Nasir Bendera bangga memandu vak miliknya yang dihiasi dengan Jalur Gemilang. Gambar kecil: Muhammad Nasir Mustapha
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang bekas tentera pernah dilabel sebagai gila hanya kerana obses mengutip bendera yang ditemui bersepah di merata tempat.

Dalam tempoh 23 tahun melakukan tindakan tersebut, dia berjaya mengumpul lebih 6,000 Jalur Gemilang.

Biarpun adakalanya hatinya tersentuh dengan label tersebut, jiwa patriotisme tetap kukuh terpahat dalam diri, Muhammad Nasir Mustapha, 62.

Katanya, semangat tersebut dizahirkan dengan menghias segenap ruang rumahnya menggunakan bendera yang dijumpai dan sudah dibersihkan.

Muhammad Nasir mengutip bendera di mana-mana sahaja yang dijumpai terjatuh sebelum dibersihkan dan dikibarkan semula di rumahnya.
Muhammad Nasir mengutip bendera di mana-mana sahaja yang dijumpai terjatuh sebelum dibersihkan dan dikibarkan semula di rumahnya.

“Saya juga mengecat rumah dengan corak bendera Malaysia. Bahkan, ada yang mengejek saya gila kerana tidak ada orang menggantungkan bendera dalam jumlah yang banyak di rumah.

“Sedih jugalah apabila digelar begitu, tetapi semangat saya tidak pernah luntur. Setiap bendera yang jatuh atas jalan raya, saya akan kutip tanpa mengira hujan atau panas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 11, di sini, pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Motosikal yang digunakan Muhammad Nasir turut dihiasi dengan Jalur Gemilang.
Motosikal yang digunakan Muhammad Nasir turut dihiasi dengan Jalur Gemilang.

Mesra disapa Pak Dor Nasir Bendera, lelaki ini memberitahu bendera-bendera itu dikutip bermula pada tahun 1998 selepas tidak betah melihat panji-panji terbabit terjatuh dan dipijak-pijak orang ramai.

“Bendera ini dikutip ketika ditemui semasa dalam perjalanan ke mana-mana destinasi, ada yang di Kelantan malah di luar negeri ini juga.

“Ada bendera yang kotor dan koyak kerana tersepit di rim motosikal, ada yang basah kerana terjatuh dalam parit dan lusuh kerana terlalu lama,” ujarnya yang pernah dikurnia Pingat Jasa Malaysia (PJM) oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2016.

Muhammad Nasir menunjukkan penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) oleh kerajaan pada tahun 2016.
Muhammad Nasir menunjukkan penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) oleh kerajaan pada tahun 2016.

Bapa kepada tiga anak itu pernah berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia pada zaman Darurat sekitar tahun 80-an.

“Kini, saya banyakk menghabiskan masa menghias rumah dan van dengan bendera.

“Bendera-bendera ini, selain ada yang dikutip, ada juga yang diberikan oleh individu yang datang berkunjung ke rumah saya, pada masa sama, ada juga yang meminta bendera daripada saya untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan negara,” katanya.

Bendera-bendera yang dibersihkan kemudian digantung oleh Muhammad Nasir di segenap ruang kediamannya.
Bendera-bendera yang dibersihkan kemudian digantung oleh Muhammad Nasir di segenap ruang kediamannya.