MAIS edar Jalur Gemilang semarak patriotik

Abdul Aziz (tengah) meletakkan Jalur Gemilang pada kereta sebagai simbolik penyerahan Jalur Gemilang di Bangunan Sultan Idris Shah, di sini pada Rabu.
Abdul Aziz (tengah) meletakkan Jalur Gemilang pada kereta sebagai simbolik penyerahan Jalur Gemilang di Bangunan Sultan Idris Shah, di sini pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengedarkan sebanyak 156 bendera Jalur Gemilang kepada Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor (JHEIS), agensi dan anak syarikatnya bagi menyemarakkan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan tidak lama lagi.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sebanyak 11 bendera Jalur Gemilang dan 145 bendera pelekat kenderaan diedarkan kepada JHEIS yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

Menurutnya, bendera tersebut turut diberikan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd dan Bakti Suci Holdings Sdn Bhd.

“Majlis ini diadakan untuk menyemarakkan semula semangat patriotik di kalangan masyarakat terutama kepada warga MAIS, JHEIS, agensi dan anak syarikat MAIS dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Kita berharap rakyat dapat menghayati semangat dan semua inspirasi negara yang berjuang demi kemerdekaan tanah air di samping tidak melupakan ulang tahun kemerdekaan negara bagi membuktikan rasa cinta dan bangga sebagai rakyat di negara ini,” katanya di Bangunan Sultan Idris Shah, di sini pada Rabu.

Simbolik penyerahan Jalur Gemilang dan sesi lekat bendera kenderaan tersebut disaksikan oleh Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar; Pengarah JAIS, Datuk Mohamad Shahzihan Ahmad; Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir dan Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Mohammad Adib Husain.

Artikel Berkaitan: