Rugi lebih RM5,000 ditipu scammer menyamar majikan

Seorang pekerja am kerugian RM5,350 akibat ditipu oleh individu yang menyamar sebagai majikannya- Foto 123RF
Seorang pekerja am kerugian RM5,350 akibat ditipu oleh individu yang menyamar sebagai majikannya- Foto 123RF
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang pekerja am kerugian RM5,350 akibat ditipu oleh individu yang menyamar sebagai majikannya, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohammed berkata, mangsa merupakan seorang wanita berusia 49 tahun menerima mesej menerusi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali dengan menggunakan profil gambar majikannya.

Katanya, individu tersebut memberitahunya, itu adalah nombor telefon bimbit baharu kerana yang lama mempunyai masalah.

"Suspek kemudian meminta pertolongan mangsa untuk memasukkan wang ke dalam akaun sepupunya dan berjanji membuat pembayaran semula pada esok hari.

"Mangsa yang berniat menolong percaya dan memasukkan wang sebanyak dua kali kali ke dalam sebuah akaun tempatan dengan jumlah keseluruhan RM5,350.

"Selepas itu, suspek masih meminta wang lalu mangsa mula curiga dan menghubungi majikannya menggunakan nombor dalam simpanannya. Majikannya menafikan perkara ini," katanya pada Selasa.

Artikel Berkaitan: