Jangan hina Jalur Gemilang!

Mohd Zakhwan (kanan) menyerahkan Jalur Gemilang yang diagihkan untuk 26 JKKK di DUN Tahan.
Mohd Zakhwan (kanan) menyerahkan Jalur Gemilang yang diagihkan untuk 26 JKKK di DUN Tahan.
A
A
A

JERANTUT - Rakyat di negara ini diingatkan untuk memastikan insiden tidak menghormati Jalur Gemilang tidak berulang seperti sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, insiden seperti itu sepatutnya tidak wajar berlaku selepas negara bakal menyambut kemerdekaan ke-64 tahun ini.

Menurut beliau insiden seperti menukar warna dan lambang bendera, membakar bendera, terbalikkan lambang kebesaran bendera dan tidak berdiri tegak ketika Jalur Gemilang dikibar bersama lagu Negaraku amat dikesali.

"Malah, ada yang mempersenda lambang Jalur Gemilang dan meletakkan bendera di tempat yang bertentangan dengan penerimaan umum seperti pada pakaian renang dan selipar.

"Jika patriotisme sering dirujuk kepada perasaan cintakan negara seseorang itu perlulah mempertahankan kedaulatan negara, bangga menjadi warganya, menjunjung ketinggian Perlembagaan dan Rukun Negara, berkorban atas nama negara dan sentiasa mempertahankan maruah atau kemerdekaan negara.

Mohd Zakhwan(tengah) bersama Jalur Gemilang yang diagihkan buat 26 JKKK di DUN Tahan sempena bulan kemerdekaan.
Mohd Zakhwan(tengah) bersama Jalur Gemilang yang diagihkan buat 26 JKKK di DUN Tahan sempena bulan kemerdekaan.

"Oleh itu, kibarkanlah Jalur Gemilang untuk menunjukkan bahawa kita adalah rakyat Malaysia yang tinggi jati diri," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambahnya, sempena bulan kemerdekaan tahun ini, sebanyak 20 helai Jalur Gemilang diagihkan untuk setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) membabitkan 26 buah JKKK di DUN terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Kibaran Jalur Gemilang ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan penduduk DUN Tahan," ujarnya lagi.