Mesyuarat kabinet tergempar petang ini?

Satu mesyuarat kabinet tergempar didakwa akan diadakan di bangunan Perdana Putra jam 4 petang ini.
Satu mesyuarat kabinet tergempar didakwa akan diadakan di bangunan Perdana Putra jam 4 petang ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Desas-desus bertebaran bahawa satu mesyuarat kabinet tergempar akan berlangsung jam 4 petang ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, mesyuarat itu akan dihadiri oleh menteri-menteri dan timbalan menteri di bangunan Perdana Putra.

Kebiasaannya, mesyuarat kabinet diadakan pada Rabu dan hanya disertai menteri.

Mesyuarat kabinet tergempar itu diadakan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tawaran rentas parti pada Jumaat ketika diasak untuk melepaskan jawatan kerana didakwa sudah hilang majoriti.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin tawar kerjasama merentas parti

Artikel Berkaitan: