Tukang masak ditemui meninggal dunia dalam restoran

Mangsa ditemui meninggal dunia di dalam bilik tidur di bahagian dapur premisnya pada Selasa.
Mangsa ditemui meninggal dunia di dalam bilik tidur di bahagian dapur premisnya pada Selasa.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Seorang pengusaha restoran ditemui meninggal dunia di dalam bilik tidur di bahagian dapur premisnya di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, lelaki berusia 40-an itu ditemui seorang pekerjanya dalam keadaan terbaring di atas tilam.

Menurut beliau, polis menerima maklumat kematian mangsa yang juga tukang masak restoran itu apabila dihubungi rakan kira-kira jam 4 petang.

"Siasatan awal polis menolak sebarang unsur jenayah dan lelaki itu meninggal dunia ketika sedang tidur," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Agus Salim berkata, mayat lelaki itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

"Proses bedah siasat akan dilakukan selepas keputusan ujian Covid-19 diperoleh dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

Artikel Berkaitan: