Lelaki maut ditetak jiran dalam pergaduhan

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian di Beruas, Lumut pada Isnin. - Foto: Ihsan pembaca
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian di Beruas, Lumut pada Isnin. - Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

LUMUT - Seorang lelaki maut dipercayai ditetak jirannya dalam satu pergaduhan di sebuah rumah di Jalan Sitiawan-Beruas, Beruas di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 40-an ditemui dengan kesan cedera di kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek juga berusia 40-an terlibat dalam satu pergaduhan.

"Kejadian disyaki berlaku apabila suspek telah menampar anak mangsa. Mangsa telah datang untuk berbincang sebelum berlaku pertelingkahan antara mereka.

"Dalam pergaduhan itu, suspek bertindak menetak mangsa dengan parang di bahagian kepala dan kaki," katanya di sini pada Selasa.

Nor Omar berkata, polis kemudian menahan suspek di rumahnya dan merampas sebilah parang yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga 16 Ogos ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: