Mindx mampu kurangkan impak psikologi ketika pandemik

Hasni menandatangani plak perasmian selepas melakukan tinjauan ke Klinik Kaunseling Mindx di Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim Segamat pada Ahad.
Hasni menandatangani plak perasmian selepas melakukan tinjauan ke Klinik Kaunseling Mindx di Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim Segamat pada Ahad.
A
A
A

SEGAMAT - Program perkhidmatan psikologi dan kaunseling secara dalam talian atau Mindx mampu mengurangkan impak psikologi atau kesihatan mental terhadap rakyat di negeri Johor.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, program tersebut turut diyakini mampu memperkasakan pengurusan pandemik secara menyeluruh di negeri ini.

"Mindx mampu membantu mereka yang terkesan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Mereka memerlukan sokongan dalam segenap aspek.

"Kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal.

Justeru, langkah pencegahan pada peringkat awal amat perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah tekanan dan trauma pesakit," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Sebelum itu beliau hadir ke Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) Segamat, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Zaiton Ismail, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kerajaan Negeri, Hasrin Kamal Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, Nurul Naqiah Fadzil.

Artikel Berkaitan:

Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi Negeri Johor merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh menteri besar dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.

Dengan peruntukan sebanyak RM1 juta, program tersebut dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan memerlukan sokongan psikologi dan kaunseling.

Terdapat enam program yang dilaksanakan di bawah inisiatif ini, antaranya sesi kaunseling dalam talian, webinar, klinik kaunseling, pasukan bergerak kaunselor Johor dan kumpulan sokongan.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang program berkenaan boleh melayari laman web www.mindx.my.