Pusat urut tawar aktiviti tidak bermoral diserbu

Wanita warga Thailand yang melakukan kesalahan ditahan di lokap imigresen untuk siasatan.
Wanita warga Thailand yang melakukan kesalahan ditahan di lokap imigresen untuk siasatan.
A
A
A

ALOR SETAR - Lima wanita warga Thailand yang sedang leka melayan pelanggannya di sebuah pusat urut di Alor Setar pada Selasa lalu tidak sempat melarikan diri apabila dicekup dalam Ops Gegar oleh Jabatan Imigresen Kedah.

Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, bertindak atas maklumat yang telah disalurkan oleh orang ramai dan hasil risikan yang dibuat, pihaknya berjaya membongkar kegiatan tidak bermoral tersebut.

Menurutnya, pelayan-pelayan tersebut melakukan kesalahan di bawah Perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

"Semasa serbuan dilakukan, mereka tidak sempat melarikan diri kerana sedang asyik mengurut pelanggan. Mereka terkejut dengan serbuan tersebut membabitkan 12 Pegawai Imigresen daripada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Kedah yang terlibat dalam operasi ini.

"Aktiviti tidak bermoral ini berselindung di sebalik pusat urutan dan kecantikan dan dipercayai telah beroperasi lebih dari enam bulan yang lalu dan ini adalah serbuan pertama kali dilakukan ke atas tempat ini,"katanya.

Operasi yang dilaksanakan sekitar jam 9.22 malam dan berakhir jam 9.50 malam itu berjaya menahan melibatkan 5 wanita warganegara Thailand yang berumur lingkungan antara 26 sehingga 42 tahun.

"Mereka ditahan di lokap Imigresen,Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Imigresen Belantik, Sik,"katanya.

Artikel Berkaitan: